Nuffnang

PAS Bakal Tewas Di Sungai Limau - Ini Sebabnya!!!




KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) meramalkan PAS akan tewas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 yang dijadualkan 4 November nanti.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, faktor utama yang menyebabkan PAS akan tewas ialah kerana orang Melayu kini mula menolak parti itu.

Katanya orang Melayu menolak perjuangan PAS kerana parti itu banyak berdolak-dalik dalam banyak isu melibatkan kepentingan orang Islam dan Melayu.

"PAS betul-betul jadi terompah DAP. Politik PAS kejar dunia dan Islam dijadikan perkakas," katanya menerusi sms kepada Astro AWANI.

Ibrahim juga menjangkakan PAS akan tewas di Sungai Limau atas faktor pengundi luar yang dijangka tidak akan pulang mengundi kerana apa saja keputusan tidak akan memberi apa-apa makna.

Katanya jika penyokong PAS balik mengundi dan DUN Sungai Limau kekal di tangan parti itu, kedudukan kerajaan Kedah yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat.

"Pengundi luar tidak akan balik kerana buang masa balik untuk undi PAS yang tidak beri apa-apa faedah," katanya lagi.- SUMBER


Sementara itu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sebagai pemimpin parti mereka perlu mengambil tanggungjawab dalam semua urusan termasuk isu penting ketika pilihan raya. 

Beliau musykil perkara itu boleh berlaku tanpa pengetahuan pemimpin Pas sedangkan ia membabitkan isu penting iaitu risalah mengenai calon mereka untuk menghadapi PRK Dun Sungai Limau. 

"Biasalah nak lepas tangan. Jika terjadi apa-apa, jawapan mudah ialah tidak sedar ia berlaku. 

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menjejaskan kewibawaan mereka sendiri. Mustahil pemimpinnya tidak tahu gambar itu bukan milik mereka atau diambil dari orang lain," katanya kepada media ketika melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini. 

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas laporan Sinar Harian hari ini yang memamparkan sekeping gambar dari risalah calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat sudah diubah suai dengan memasukkan gambarnya ketika bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya di Wisma Darul Aman. 



Mukhriz menunjukkan risalah calon Pas dan akhbar Sinar Harian.


Gambar asal yang dikeluarkan Sinar Harian mamaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian (ketika itu Editor Sinar Harian Utara), Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali mengunjungi Allahyarham pada 25 Mei 2011 di pejabatnya sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.
Menurutnya, sebagai contoh, pada sidang Dun lalu, apabila diberi penjelasan panjang lebar mengenai isu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) akhirnya bangun dan mengakui tidak menyedari perkara itu berlaku. 

"Adakah ini alasan yang boleh kita terima. Sudah pasti tidak, kerana rakyat akan mempersoalkan niat sebenar mereka melakukan sesuatu perkara terutama untuk kempen pilihan raya," katanya. 

Beliau berkata perkara itu tidak patut berlaku dan perlu dihentikan segera kerana semua parti wajar bersaing secara sihat dalam pilihan raya. 

"Bertanding secara sihat. Jangan guna taktrik kotor untuk meraih undi rakyat di Sungai Limau. Kadang-kadang benda tak elok akan terbongkar juga," katanya. 

Ditanya sama ada isu itu akan mempengaruhi rakyat dan memberi kelebihan kepada BN, beliau berkata rakyat yang boleh menentukannya pada hari mengundi kelak. 

"Biarlah rakyat menilai keupayaan BN dan Pas dari segi penampilan masing-masing sepanjang tempoh berkempen ini," katanya

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top