KEDAI serbaneka yang menjalankan operasi selama 24 jam masih menjadi sasaran rompakan terutama di waktu tengah malam selepas orang ramai mula tidur.
Satu rakaman video rompakan ke atas sebuah kedai serbaneka 7 Eleven tersebar di laman Facebook termasuk di laman Malaysian Crime Awareness Campaign.
Lokasi kejadian ialah kedai 24 jam di Sungai Bedung, Kedah pada 16 Oktober lepas kira-kira pukul 3.52 pagi.
Kejadian bermula apabila seorang pelanggan mahu memasuki kedai berkenaan yang dikunci dari dalam.
Penjaga wanita kedai itu membuka kunci untuk membiarkan pelanggan berkenaan masuk.
Beberapa saat selepas pelanggan itu masuk, tiga suspek perompak bertopeng masuk ke dalam kedai berkenaan bersenjatakan parang.
Mereka mengarahkan dua pekerja wanita berkenaan memasukkan duit ke dalam beg yang dibawa sementara seorang suspek lagi mengunci pintu bagi memastikan kerja jahat merek tidak diganggu.
Selepas itu ketiga-tiga perompak, mencuri rokok-rokok yang dijual juga dimasukkan ke dalam sebuah beg.
Selesai melakukan kerja jahat, ketiga-tiga suspek meninggalkan kedai berkenaan, dan pekerja wanita itu terus mengunci pintu.
Kemudian, beberapa orang pelanggan yang hendak datang membeli barangan di kedai itu tidak dibenarkan masuk oleh para pekerja itu ekoran baru sahaja dirompak.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....