Nuffnang

TEMBAKAN!!! Lagi Kes Pengawal Bank Di P. Pinang




BELUM REDA LAGI KES ROMPAK BANK BUNUH PEGAWAI AMBANK OLEH SEORANG PENGAWAL KESELAMATANNYA SENDIRI, SIANG TADI SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN DILAPORKAN MELEPASKAN TEMBAKAN DIDALAM SEBUAH BANK DATUK KERAMAT, PULAU PINANG SECARA TAK SENGAJA DIMANA BELIAU BERTUGAS! SELAIN MUSIM MENGAWAN, MUSIM BUNGA DAN SEBAGAINYA, ADA JUGAK "MUSIM JAGA MENEMBAK" YER? KEKEKE!!!-

Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan di sebuah bank di Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang pamnya, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau menambah pengawal telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

Dalam perkara yang berkaitan,Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meolak rayuan Prima Security, majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral di Selangor 24 Oktober lepas agar lesen syarikat tersebut dibatalkan.

Difahamkan, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakann KDN telah menolak rayuan mereka dan lesen syarikat berkenaan dibatalkan mulai hari ini.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan oleh seorang pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Siasatan awal polis mendapati suspek kes tersebut, yang dipercayai seorang warga Indonesia telah menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di syarikat tersebut.

Susulan kes tersebut, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana didapati melanggar beberapa peraturan melibatkan pengambilan pengawal keselamatan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top