Nuffnang

BONGKAR!!! PAS Dan SUHAKAM Buat Apa Di Gunung Jerai?





Selepas mendapat maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan SUHAKAM akan berlangsung di sana.

Ternyata berita itu benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu.

Turut kelihatan adalah seorang penulis novel terkenal, Syed Hussein al-Atass atau lebih dikenali sebagai 'Pak Habib'. Namun penulis tidak pasti sama ada Pak Habib antara individu yang dijemput SUHAKAM menghadiri mesyuarat itu kerana beliau dilihat sendirian. Dengan lokasi yang strategik dan jauh dari orang ramai memungkinkan mesyuarat itu sangat penting dan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung. 

Soalnya, apakah peranan SUHAKAM dalam pilihanraya kecil di Sungai Limau? Adakah mereka bertindak sebagai penasihat dan membantu Pas mengatur strategi bagi memastikan kemenangan Pas di kawasan ini? Ataupun, mereka turut menyalurkan dana untuk kempen pilihanraya Pas memandangkan semua unit penginapan di tempah atas nama SUHAKAM? 

Difahamkan terdapat 24 unit penginapan dengan harga sewa RM420 semalaman. Jadi, SUHAKAM telah membelajakan sebanyak RM10,080 hanya untuk menyewa kesemua unit-unit itu.Jika benar, terbukti bahawa SUHAKAM adalah proksi kepada parti pembangkang. 

Dan penulis percaya, SUHAKAM adalah antara entiti yang diwujudkan berpaksi kepada parti pembangkang. SUHAKAM bukan diwujudkan untuk membela hak asasi manusia ataupun rakyat. Sebaliknya diwujudkan untuk merealisasikan agenda-agenda jahat pembangkang. 

Share this article

1 Komen:

  1. Komen dari peserta "MESYUARAT SULIT DI GUNUNG JERAI"
    Utk makluman tuan blogger program tsb bukan mesyuarat tetapi BENGKEL PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA UNTUK GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI KEDAH. Saya adalah salah seorang pesertanya.
    Berita yg tuan sensasikan ini telah menjadi bahan "KELAKAR GILERR" dalam dewan kami berbengkel tgh tadi. Tuan telah membuang masa naik ke gunung jerai dan membuat intipan ala ala James Bond hasil dari maklumat palsu yg tuan dapat dari sumber yg tidak sahih. Kami sangat kecewa dengan laporan palsu ini. Sebahagian besar peserta bengkel adalah non partisan. Kami hadir ke program tersebut atas arahan Kerajaan Negeri Kedah di bawah YAB Dato Mukhriz Mahathir. Suhakam hanya menerangkan kepada kami hak hak kami yang dapat diberikan oleh kerajaan Malaysia sebagaimana yg termaktub di dalam perlembagaan negara. Janganlah kerana terlalu ghairah mensensasikan isu utk prk sg limau tuan telah memperlihatkan taraf "pemikiran kedai kopi" seorang blogger . Saya pasti sbg seorang ahli akademik Calon BN Dr Sohaimi pun malu dengan anda krn research yg dibuat tidak mengikut prosedur penyiasatan yg autentik. UMNO akan kalah krn bersepahnya blogger blogger minda kedai kopi seperti anda. Sayang sekali pemimpin sehebat Dr Sohaimi dan Dato'Mukhriz terpaksa menanggung beban memikul berguni guni blogger picisan seperti anda.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top