Nuffnang

ROMPAKAN AMBANK : Suspek "UPLOAD" Gambar Duit Di FB!!




23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib.

Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.




Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

Bagaimanapun sepandai-pandai suspek menyembunyikan identiti, dia ternyata tidak terlepas daripada memiliki akaun Facebook. Malah dia boleh dikira aktif melayari laman sosial berkenaan dengan bilangan rakan melebihi 4,000 orang.




Menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, status terakhir dikemaskini suspek ialah ‘Jom balik kampung… selamat malam semua’ (Jum Blik kampung kita…. mat mlam all) dua hari sebelum melakukan pembunuhan kejam berkenaan.


Minat suspek terhadap duit juga dapat dilihat daripada beberapa gambar longgokan duit yang dimuatnaik suspek, barangkali diambilnya sendiri ketika bertugas.






Mungkin, inilah jadinya bila setiap hari terliur tengok duit depan mata. Sampai satu waktu, tak dapat mengawal nafsu lalu terjadilah tindakan gila pada 23 Oktober lalu!

Menerusi status-status dan bahasa yang digunakan juga, ternyata suspek berasal dari Indonesia.



Apa-apa pun, berdasarkan rekod kecekapan Polis DiRaja Malaysia selama ini, semoga suspek akan segera dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan. 

- SUMBER
Share this article

4 Komen:

  1. Barua ni jangan tembak...kita sembelih mcm lembu korban. Gantung kepala kat simpang jalan bagi pengajaran kpd penjenayah lain supaya insaf..

    BalasPadam
  2. Dapat tgkp kita rejam ramai2 pki batu smpi mati?

    BalasPadam
  3. Bukan projek IC,. Dia tak ada IC.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top