Nuffnang

1M4U - Maklumat Terkini Untuk Anak Muda Yang Cintakan Semangat Kesukarelaan

Putaran jam semakin mencemburui detik bersejarah Pelancaran 1Malaysia 4Youth yang akan mengumpulkan kesemua aktivis-aktivis kesukarelaan di sekitar Kuala Lumpur. Sekiranya anda tergolong dalam kategori mereka yang sukakan aktiviti kesukarelaan atau pun kemasyarakatan, jangan lepaskan peluang ini.




Sebanyak 16 lokasi telah terpilih menggabungkan pelbagai aspek kesukarelaan tanpa mengira latarbelakang bangsa, agama, budaya dan sebagainya. Aktiviti berbentuk Servis Komuniti, Kerja Sosial, Kempen Hijau dan Pameran Kesukarelaan akan diadakan pada 15 Julai 2012 seawal jam 9 pagi antaranya di :

1.    Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan - Barang-barang Terpakai
2.    Berjaya Times Square - Pencegahan Dadah dan Pemeriksaan Kesihatan
3.    Perkampungan Orang Asli Hulu Kuang - Gotong Royong
4.    KLCC - Derma Darah
5.    Bukit Sg. Puteh - Khidmat Masyarakat
6.    Pasar Tasek Permai Kg Melayu - Gotong Royong Perdana
7.    PPR Batu Muda - Kempen Basmi Denggi
8.    Zoo Negara - Khidmat Kebajikan Haiwan
9.    Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak - Go Green Go Clean
10.  PPR Laksamana, Jalan Cheras - Dari Hati Ke Hati (Bersama Anak Yatim/ warga Emas/ OKU)
11.  Tmn Desa Jalan Kelang Lama -  Crime Awareness
12.  Dewan Seri Tanjung, Kolej 9, UM - Smart Educator
13.  Taman Ibu Kota - Pemeriksaan Kesihatan
14.  PPR Ampang - Amalan Gaya Hidup Sihat
15.  Seksyen 10, Setiawangwa - Gotong Royong Perdana
16.  Taman Metropolitan, Kepong - Kitar Semula


Sementara itu, kemuncak kepada aktiviti ini adalah Pelancaran 1M4U yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri di Dataran Esplanade, KLCC pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah pelan serta butiran lanjut acara di sekitar KLCC untuk makluman semua.











Sebarang Pertanyaan Sila Berhubung dengan Pn Anura - 019-3888512
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top