PETALING JAYA 27 MEI: KEADILAN dalam proses mengumpul bukti penipuan PRU di seluruh negara dan akan memfailkan petisyen pada 10 Jun, dua hari sebelum berakhirnya tempoh bantahan, kata Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.
Rakyat sudah sahut cabaran SPR serahkan bukti dan buat laporan polis serta tuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikan penjelasan segera.
Ahli Parlimen Pandan itu turut mendedahkan bukti pengundi hantu yang mana terdapat lebih 9 nama dikesan didaftarkan dalam sebuah rumah.
“Banyak berlaku slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional menunjukkan wujud pengundi yang tidak dikenali di daftar di dalam kawasan tertentu
“Kita berjaya temui pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut tampil membuat laporan polis, terutama penduduk yang mendiami kawasan tersebut sejak awal dan langsung tidak mengenali nama tersebut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“Ini bukan berlaku di satu dua kawasan, tapi lebih dari lima kawasan yang setakat ini kita sudah berjaya dapatkan, lengkap dengan laporan polis dan bukti,” kata Rafizi.
- KEADILAN DAILY
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....