
Browse » Home »
Berita
,
politik
» Ahli Parlimen Ipoh Timur Dihadap Ke Mahkamah Anjur Perhimpunan Haram
Ahli Parlimen Ipoh Timur Dihadap Ke Mahkamah Anjur Perhimpunan Haram

IPOH - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong dari DAP dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.
Keong Siong didakwa menganjurkan perhimpunan tersebut pada pukul 7.30 malam, 9 Mei lalu di Dewan Wisma Chin Woo di sini.
Turut didakwa sama ialah, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Muhammad Anuar Zakaria.
Muhammad Anuar dituduh melakukan perkara sama pada 7.30 malam, 12 Mei lalu di perkarangan pejabat PKR Perak di sini.
Kedua-dua dituduh di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Hakim Julie Leck Abdullah memerintahkan sebutan semula kes tersebut pada 19 Julai depan dan membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM4,000 dan seorang penjamin.
- KOSMO!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



kebakaran paip gas 112 mangsa cedera 49 rumah terj...

kejadian kebakaran pipeline gas di petaling usaha ...

when audio isn t an afterthought why riders choose...

update kebakaran saluran gas di putra heights

building an online marketing plan

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....