Nuffnang

BLACKOUT 505 Di PJ - POLIS BUKA KERTAS SIASATAN


SHAH ALAM 27 Mei - Polis Selangor hari ini membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan haram yang diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada Sabtu lalu bagi membantah keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis membuka kertas siasatan berkenaan perhimpunan tersebut ekoran pihak penganjur perhimpunan itu gagal memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan tersebut.

"Penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memaklumkan kepada polis mengenai perhimpunan itu.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana kegagalan pihak penganjur memberi notis 10 hari kepada polis sebelum program itu diadakan," katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor. - UTUSAN ONLINE








Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top