Nuffnang

KEMALANGAN DI TAIWAN, 10 WARGA MALAYSIA TERLIBAT, 4 PARAH

Empat rakyat Malaysia parah manakala 10 penumpang lain cedera ringan selepas bas pelancong dinaiki mereka terbabit kemalangan di Lebuh raya Alishan, Chiayi County di selatan Taiwan, kelmarin.
 
 
Kemalangan terbabit berlaku di Kilometer 39.5 Lebuhraya Alishan yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Persekutuan No 18 yang menghala Alishan iaitu kawasan pergunungan yang menjadi tarikan pelancong.
 

Bas itu dipercayai hilang kawalan selepas mengalami masalah brek menyebabkan kenderaan terbabit merempuh pembahagi jalan sebelum terbabas.
 
 
Difahamkan, pemandu bas terbabit yang cedera ringan di tangan dan kaki cuba memperlahankan kenderaannya untuk memberi laluan kepada sebuah kereta untuk memotong namun gagal akibat brek tidak berfungsi.
 

Pemandu terbabit menarik brek tangan menyebabkan bas terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan kemudian membelok ke dinding batu di sebelah kiri dan terbalik.
 
 
 
 
 
Gambar Hiasan
 

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, kemalangan itu membabitkan bas pelancong yang membawa 14 penumpang terdiri 10 warga Malaysia, tiga Singapura dan seorang Filipina.
 
Menurutnya, hasil pemeriksaan polis Taiwan mendapati bas terbabit melanggar tembok penahan di lebuh raya berkenaan, tetapi tidak terjatuh dalam gaung.

“Polis belum mengetahui punca sebenar kejadian namun tiada kehilangan jiwa berlaku. “Semua mereka yang tercedera dihantar ke St Martin De Porres Hospital dan Chiayi Christian Hospital, Chiayi,” katanya.

Mangsa yang terbabit kemalangan itu ialah Thien Yum Sang, 60, Ng Chiow Kion, 60, Thien Yun Ping, 57, (parah), Ching Bit Ha, 53, (parah), Thien Yun The, 63, Catherine Hiew Vui Fong, 38, (parah), Wong Chi Khyun, 37, (parah), Lee Geok Tian, 38, Thien Jack How, 39, dan Thien Yu Xuan, sembilan tahun.

Beliau berkata, wakil Malaysia di Taiwan kini cuba mengesan keluarga mangsa melalui syarikat pelancongan yang mengendalikan pelancongan berkenaan untuk memaklumkan kejadian itu.
 
 
Sumber : My Metro
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top