Nuffnang

PR HALALKAN POLITIK SAMSENG JALANAN DEMI TAMAKKAN KUASA

Keghairahan untuk mendapatkan sokongan menyebabkan ada di kalangan pemimpin politik yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan serta akibat daripada tindakan dan perbuatan mereka yang kadangkala menimbulkan perbalahan antara satu pihak dengan pihak yang lain.
 
Suasana politik yang semakin panas apabila tempoh pilihan raya yang semakin hampir, tanpa disedari tindakan serta perbuatan yang dilakukan pihak-pihak tertentu boleh menimbulkan ketegangan.
 
Bagi Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan menyifatkan budaya politik samseng sudah menular di kalangan rakyat negara ini yang dipelopori parti pembangkang yang cuba mendapatkan sokongan dengan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang.
 
“Kita lihat apa yang berlaku kepada Himpunan Bersih, pembangkang dengan sengaja melanggar arahan pihak berkuasa supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, mereka tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa sehingga menimbulkan kekacauan di Kuala Lumpur.
 
 
 
 
 
“Apa yang berlaku itu, pembangkang sememang-memannya merancang untuk melakukan himpunan itu, selain cuba membangkitkan perasaan benci segelintir rakyat kepada kerajaan yang kononnya tidak bebas, mereka juga ingin mengambil perhatian negara lain daripada apa yang berlaku untuk menunjukkan tanda tidak puas hati rakyat.
 
“Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah ramai rakyat yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang kerana lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung tindakan pembangkang yang dilihat cuba membudayakan politik samseng di negara ini.
 
Jika dahulu budaya politik samseng itu lebih menjurus kepada perhimpunan seperti Himpunan Bersih, namun peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak, baru-baru ini menunjukkan ada segelintir rakyat yang tidak dapat mengawal emosi apabila menyetuh perkara yang membabitkan politik.
 
Kamalanathan berkata, rakyat negara ini tidak harus terpengaruh dengan apa yang cuba dibawa oleh pembangkang seperti apa yang berlaku di Timur Tengah kerana kejadian itu tidak ada penghujungnya seperti apa yang berlaku sekarang.
 
“Apakah negara kita ingin menjadi seperti apa yang berlaku di Mesir, jika dahulu mereka memperjuangkan untuk mendapat pemerintahan baru, kini mereka melakukan perkara yang sama kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan baru.
 
“Nampaknya apa yang berlaku di sana tidak ada kesudahannya, akhirnya rakyat sendiri yang rugi dengan keadaan yang bergolak sehingga berlaku pertumpahan darah dan huru-hara,” katanya.
Beliau mengingatkan supaya rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan apa yang cuba dicetuskan oleh pembangkang yang sebenarnya merasa tertekan terhadap sokongan rakyat kepada pemerintahan Barisan Nasional. - MediaUMNO
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top