ROSMAH MANSOR : BUKU BIOGRAFI WADAH MENANGKIS FITNAH

Buku biografi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal berada di pasaran dalam waktu terdekat, merupakan wadah yang betul untuk isteri Perdana Menteri menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
 
Beliau berkata, Rosmah berhak untuk membuat pembetulan terhadap semua isu-isu negatif mengenai dirinya yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
 
“Beliau (Rosmah) bukannya berprofil tinggi. Hanya orang-orang tertentu menjadikan beliau seorang individu berprofil tinggi dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan beliau berhak untuk menjawab.
 
 
 
 
 
 
“Walaupun beliau adalah isteri Perdana Menteri, ini tidak bermakna yang beliau perlu berdiam diri terhadap pelbagai tuduhan,” kata Tun Mahathir selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pemerolehan Teknologi dan Aset bernilai RM63 juta antara Proton Holdings Bhd dan Petronas Bhd, di Kuala Lumpur.
 
Pada Isnin, Majlis Pra - Pelancaran biografi itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.
 
Ia akan dilancarkan dan diedar untuk jualan bulan depan - UMNO ONLINE
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Isu-Isu SEMASA... APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

 
Blogger Templates