Nuffnang

"MEET ANWAR" DISAMBUT HEBAT ANAK MUDA





KUALA LUMPUR, 10 Mac - Sesi Dialog Anak Muda Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diadakan oleh 'Anwar Ibrahim Club' atau singkatan AIC ini dijalankan di ibu negara siang tadi.

Majlis turut disertai Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang mengupas serba sedikit mengenai latar belakang beliau dalam dunia politik serta isu-isu semasa.

"Saya anggota Keadilan bukan kerana ayah saya", tegas Nurul Izzah.

Beliau begitu mengharapkan Malaysia mengamalkan politik yang bukan berdasarkan perkauman. Dan menyentuh soal ekonomi, beliau begitu kesal kerana ada penglibatan politik dalam bidang tersebut.

AIC sebelum ini mengadakan sesi Dialog dan ianya ternyata mendekatkan anak muda bersama pemimpin selain dapat memperjelaskan isu-isu semasa.

Dalam penganjuran Dialog hari ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim diajukan soalan oleh anak-anak muda dari pelbagai peringkat, baik mahasiswa mahupun profesional. Antara soalan yang diajukan antaranya berkenaan Hudud, Buku Jingga, Pluralisme dan ekonomi - KL Pos


Hmm... Memang dah lama Anwar buat kerja ni. Sebab ape? Sebab orang muda macam BB punyai semangat dan aura terpendam yang bisa menggegarkan dunia sekiranya di"bakar" dengan amarah dan nafsu. Cuma BB ni masih bertahan dengan pesanan orang dulu-dulu.

Tapi kalau BB boleh tafsirkan apa yang tersirat melalui gambar ini ialah mereka ini majoritinya di"datang"kan khas bagi perjumpaan ini. Kenapa? Sebab.....kalau betul2 sendiri datang, confirm tak kan tidur punya. Tapi ini baru di baris kedua dah bantai tidur depan Mr Idol.

Yang Mak Cik tu sape pula? Anak muda mana plak ni? Nampak macam sangat terhibur dengan lawak yang DSaI sedang buat di depan tu. Siap dengan muncungnye lagi. Sebijik macam......

Dan aura DSAI yang selama ini dikatakan begitu mempengaruhi anak muda memang dapat dilihat dari gambar ini. Masing-2 asyik melayan hp atau gajet masing-masing kecuali yang berada betul-betul di depan DSAI. AURA SANGAT LE TU.

Dimaklumkan ini adalah siri perjumpaan ke 5 anjuran AIC dan perjumpaan petang tadi bertempat di Hotel De Palma, Ampang.



BB : Membantu mangsa banjir, mereka lebih memerlukan perhatian dan pertolongan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top