Nuffnang

72 SYARIKAT TANDATANGAN MOU DENGAN KBS

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan 72 syarikat yang bersetuju menerima pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menjalani latihan amali di syarikat mereka.





Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan KBS, Sa’ari Salleh, berkata jumlah itu menepati sasaran kementerian iaitu sekurang-kurangnya dua syarikat bagi setiap IKBN.

“Pelajar di semua 21 IKBN di seluruh negara perlu mengambil peluang melakukan latihan amali dengan kualiti terbaik kerana syarikat ini akan mengambil mereka bekerja jika memenuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di IKBN Kemasik di sini, baru-baru ini.





IKBN yang kini mempunyai 4,400 pelajar menawarkan 12 jenis kursus kemahiran antaranya kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, teknologi makanan, perhotelan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan.





Sa’ari berkata, lebih 85 peratus pelajar yang menamatkan kursus di IKBN seluruh negara berjaya mendapat kerja, dengan kebanyakannya bekerja di syarikat industri yang sebelum ini mengambil mereka menjalani latihan amali.- BERNAMA



BB : Inilah yang rakyat khususnya orang muda nak. Dengan latihan amali ini, ia akan membuka peluang yang lebih luas untuk mereka memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian nanti
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top