Nuffnang

SYABAS PDRM!!! Ketua Geng 08 Akhirnya DIBERKAS!!





Hampir empat bulan diburu pihak berkuasa, ketua kumpulan 'Geng 08 Vinod' yang terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor, akhirnya tumpas selepas diberkas polis di Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, pagi semalam

Suspek dikenali sebagai Vinod Mohan, 21, diberkas di sebuah rumah kosong pukul 9.30 pagi, selepas melarikan diri lebih 30 kilometer dengan memandu kereta sejurus terserempak sepasukan polis di kawasan Genting Sempah, Pahang.

Turut bersama suspek yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish itu ialah seorang gadis berusia 23 tahun. Semasa melarikan diri, suspek dikatakan turut melepaskan tembakan.

Dalam insiden mengejar itu, kenderaan dipandu suspek telah melanggar seorang orang awam dan terbabas di satu lokasi di Tasik Titiwangsa sebelum lelaki tersebut melarikan diri manakala rakannya ditahan.

Bertindak atas maklumat, polis kemudian memberkasnya di sebuah rumah kosong di kawasan berdekatan dalam keadaan cedera, termasuk di bahagian bahu dan pinggang akibat terkena tembakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pada Oktober lalu seramai tujuh ahli kumpulan geng ini ditahan dan dikenakan Perintah Pengawasan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

"Kesemua mereka telah melanggar syarat dan kembali ke Gombak untuk meneruskan aktiviti jenayah dan pada 17 November lalu, kami berjaya menahan lima daripada mereka di Batu Batu Caves.

"Bertindak atas perkara itu juga, kami telah menahan suspek bernama Vinod setelah mengejarnya dari Genting Sempah," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, ekoran penahanan tersebut, sekurang-kurangnya 30 kes samun di sekitar Lembah Klang berjaya diselesaikan pihak polis.

Ogos lalu, akhbar melaporkan seorang anggota Geng 08 Vinod yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) diburu polis dan dipercayai bersembunyi di kawasan hutan Ulu Yam. 
Share this article

13 Komen:

  1. Padan muka siapa suruh jadi permalas utk mencari rezeki yg halal,Ni asyik nk sng je jadi perompak.

    BalasPadam
  2. Patut di tembak mati je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi la ... simpan buat apa ... tembak mati saja lebih baik

      Padam
  3. kasi mati ni orng...

    BalasPadam
  4. Umu 21thn kpala gngstrr??itu br cacing2 jer

    BalasPadam
  5. haa bagus la.. aku dah nyampah tgk byk sgt derang conteng dinding, signboard etc. 08 taik kucing

    BalasPadam
  6. xcukup gangster paria ni sebab tu kena tangkap..patut tembak mati terus sampah ni..

    BalasPadam
  7. konon nak jadi kl gengster l atu..piuhhhhhhhhhhhhhh..kecik2 tak nak mamposss.

    BalasPadam
  8. Apa lagi.... belalah org ini....

    BalasPadam
  9. bangang..baik potong lancau la 08 ni bagi mkn hanjing

    BalasPadam
  10. betul ke budak tu vinod... aku xpercaya langsung..

    BalasPadam
  11. aku xpercaya budak yg rupanya cam penghisap gam tu vinod.. mungkin nama dia mcm ni ' Vinod Sampah'

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top