ITV News London menyiarkan imej wanita dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 (gambar) dan seorang lagi wanita, Josephine iaitu wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri sejak 30 tahun di Brixton.
Imej berkenaan dirakamkan ketika Aishah dan Josephine bersama dengan suspek, Aravindan Balakrishnan menghadiri inkues di mahkamah pada 1997.
Inkues itu diadakan susulan kematian seorang wanita, Sian Davies, selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pada Oktober 1997.
Dalam imej berkenaan Aishah memakai cermin mata serta kemeja dan dia serta Josephine berada di belakang Balakrishnan.
Menurut media tempatan, Siti Aishah bersama-sama enam wanita lain pernah dibicarakan pada 1978 selepas ibu pejabat Maoist di sebuah kedai buku di Brixton diserbu polis.
Siti Aishah paling kiri dan suspek Aravindan Balakrishnan kanan sekali.
Sepanjang perbicaraan ketika itu, semua wanita tersebut melaungkan slogan komunis dan enggan mengemukakan rayuan terhadap 13 tuduhan yang dikenakan ke atas mereka termasuk menyerang polis.
Ini kerana mereka tidak mengiktiraf mahkamah, hakim dan sistem kehakiman.
Malah Aishah yang ketika itu berusia 34 tahun, telah membacakan satu kenyataan bahawa British adalah suruhan kepada Amerika Syarikat.
Jelasnya, mereka semua merupakan tahanan politik yang berdepan dengan tuduhan yang sengaja direka-reka.
Semalam, seorang pesara guru, Kamar Mahtum Abdul Wahab menyatakan bahawa Siti Aisyah adalah adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.
Kamar Mahtum memberitahu, Siti Aishah ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.
Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.
Kakak Siti Aishah berlepas ke London buat pengecaman...
Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab (gambar) , 69, yang menjadi hamba selama 30 tahun di London, berlepas ke England malam ini untuk membuat pengecaman dan membawa pulang adiknya ke tanah air.
Abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, memberitahu, isterinya, Kamar Mahtum Abdul Wahab, 73, diiringi aktivis, Hishamuddin Rais bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London bertolak ke England menaiki pesawat Malaysia Airlines kira-kira pukul 11.55 malam tadi.
- SUMBER
Kenapa harus kita bela Siti Aishah? dia sendiri yang memilih jalan hidup begitu! sekarang bila dah jumpa , mengikut cerita dia tidak mahu pulang Malaysia. So what ? why are we so concern? Let her be. Let us not waste our tax payers money.
BalasPadam