Nuffnang

UNDI MELAYU : PAS Akui Mula Hilang Sokongan!!!




Kemerosotan undi Melayu kepada Pas pada PRU13 Mei lalu menjadi faktor utama mengapa parti itu gagal dalam usaha mengganti Umno sebagai parti tunggal Melayu di negara ini.

Ketua Lajnah Penyelidikan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan hasil bedah siasat PRU13, Pas didapati mengalami kemerosotan sokongan undi kaum Melayu sebanyak dua peratus.

Menurutnya, disebabkan itu impian parti mahu menggantikan Umno sebagai parti tunggal Melayu masih belum dapat dilaksanakan.

"Kekurangan undian itu hasil penelitian di seluruh negara, melibatkan semua peringkat.

"Sementara PKR mengalami kemerosotan undi Melayu tujuh peratus. DAP pula ada penambahan undi 20 peratus daripada etnik Melayu," katanya pada ucapan penggulungan Muktamar, semalam.

Beliau berkata, sokongan umum pengundi Melayu kepada Pas berdasarkan PRU13 lalu sekitar 40 peratus.

"Ia menunjukkan sokongan, termasuk wanita Melayu masih tidak memuaskan, iaitu 30 peratus sahaja. Sokongan pemuda Melayu pula 45 hingga 46 peratus," katanya.

Katanya, kehilangan undi ini masih dalam kawalan dan tidak menjadi parah, tetapi perwakilan tidak boleh terus leka dan perlu bersama-sama mencari jalan menarik semula undi Melayu.

"Penurunan undi Melayu ini boleh dibahagikan mengikut tempat dan mengikut negeri.

"Misalnya, jumlah undi di Terengganu dan Johor menunjukkan peningkatan. Secara tidak langsung kita masih mendapat sokongan positif dari kaum Melayu," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian terkini, Pas perlu menangani masalah kemerosotan ini dengan kembali fokus kepada isu sosial ekonomi, terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kelompok wanita juga perlu diberi tumpuan oleh Muslimat Pas demi menempah kemenangan pada PRU14 nanti," katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top