Nuffnang

ALHAMDULILLAH..RAMAI ANAK MUDA KE Motivasi Perdana Bersama Imam Muda





KEMAMAN – Lebih kurang dua ribu orang penduduk setempat telah hadir memeriahkan Astro Fiesta 1Malaysia yang diadakan di pantai Kuala Kemaman ini. Pada malam ini, satu Motivasi Perdana telah diadakan bagi memberi informasi yang berguna khususnya kepada para belia dalam menerapkan nilai-nilai kerohanian dalam diri.

Antara yang hadir, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Mohamed bin Awang Tera bersama Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Yang Mulia Engku Azman bin Syed Mohd, serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman, En. Ruhisyam Ibrahim.




Majlis pembukaan karnival ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Mohamed bin Awang Tera. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kerajaan sedia ada telah menaiktaraf pelbagai infrastruktur dan menambah kemudahan awam yang sedia ada. Ini adalah kerana kerajaan menjaga kebajikan dan cakna akan masalah rakyat. Kita tidak akan dapat mengimpikan semua ini jika kerajaan tidak tahu untuk mestrukturkan pentadbiran. Sudah tentulah dengan slogan 1Malaysia, nasib rakyat akan lebih terbela.

Beliau mengucapkan rasa syukur kerana atas nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa, melalui kerajaan negeri, telah banyak perubahan dilakukan peringkat demi peringkat. Pada malam ini juga kita semua akan bersama-sama mendengar nasyid dan motivasi perdana dari kumpulan nasyid Rabbani dan Imam Muda Aran.




Ujarnya lagi, kerajaan akan berusaha sedaya upaya bagi memenuhi kehendak rakyat, insyaALLAH rakyat pasti dapat melihat persembahan dari artis tempatan secara percuma. Ini adalah salah satu cara kerajaan berkongsi nikmat dengan rakyat, katanya sekaligus mengakhiri ucapan dengan perasmian karnival.

Program diteruskan dengan nasyid dari kumpulan Rabbani yang menyanyikan beberapa lagu seperti Intifada dan lain-lain. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Motivasi Perdana yang merungkai persoalan masyarakat Islam pada era modenisasi kini yang disampaikan oleh Imam Muda Aran.

Pada keseluruhannya diharapkan semoga program motivasi seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan mendidik belia yang positif mindanya.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top