Nuffnang

17 Aku Janji BN Untuk Belia - Alhamdulillah #ManifestoBN #PRU13 #GE13



Barisan Nasional (BN) dalam aku janjinya turut memberi tumpuan kepada golongan belia agar mereka tidak diketepikan dan dipinggirkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform yang sesuai akan disediakan untuk golongan belia bagi menunjukkan bakat serta pemikiran mereka bagi menyuarakan kemahuan dan hasrat.

"Golongan belia mewakili dua pertiga daripada jumlah penduduk negara dan suara mereka tidak boleh diketepikan dan dipinggirkan. 

"Kita akan terus menyediakan platform untuk belia menunjukkan bakat dan pemikiran mereka, menyuarakan kemahuan dan cita-cita mereka, memenuhi hasrat dan aspirasi mereka dan mencipta Jaguh Wilayah dan Global," katanya dalam Majlis Pelancaran Manifesto PRU13 BN di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Najib dalam Aku Janji atau manifesto BN yang membawa tema ' Menepati Janji Membawa Harapan' itu telah menyenaraikan sebanyak 17 aku janji.


Berikut merupakan 'Aku Janji' atau Manifesto Kesebelas BN (Memenuhi Aspirasi Belia)

• Menyediakan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial

• Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka

• Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti

• Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U

• Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar

• Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat

• Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan


MAKLUMAT LANJUT, LAYARI LAMAN WEB BERIKUT :


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top