Nuffnang

SIAPA PM??? HADI MASIH DIAM MEMBISU




Untuk memastikan kestabilan dan pentadbiran negara yang mampan dan berkesan, rakyat pastinya mahukan seorang pemimpin yang berwibawa dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berdaya untuk merancang pembangunan ekonomi hatta rencanakan setiap perkara untuk negara.

Bagi negara Malaysia ketika ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membangunkan ekonomi dan kestabilan pembangunan negara ini walaupun dalam tempoh satu penggal beliau berkhidmat.

Kejayaan itu patut dipuji kerana Najib tidak pernah leka untuk mengotakan setiap janji yang diberikan kepada rakyat.

Berbeza bagi parti gabungan PKR-DAP-PAS, mereka termasuklah pemimpin-pemimpin tertinggi parti picisan ini masih lagi berada di awang-awangan dengan menaburkan janji-janji palsu kepada rakyat hanya untuk memancing undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kebenarannya, mereka tidak mampu untuk membuktikan janji-janji kepada rakyat.

Berbalik kepada pokok utama, pemimpin yang berkaliber mampu untuk mejaminkan kesejahteraan negara dan menjaga setiap kebajikan rakyat.

Kini, bukan sahaja parti pembangkang tidak mampu untuk mengotakan janji-janji mereka, malah, kredibiliti untuk menamakan calon Perdana Menteri juga mereka tidak mampu.

Persoalannya, bagaimana rakyat mahu percaya calon-calon dari parti pembangkang layak untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka tidak diberitahu nama calon-calon dari PR?

Dari awal lagi, PR sudah menunjukkan mereka tidak bersatu hati dalam memilih nama calon sebagai PM sekiranya ‘khayalan’ mereka untuk merebut kuasa dari UMNO dan BN serta menawan Putrajaya.

Ramai dari ahli-ahli PKR mahukan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai PM Malaysia.

Tetapi, ‘pencalonan’ Anwar itu ditentang hebat oleh ahli-ahli Parti PAS kerana merasakan Anwar tidak layak jika dibandingkan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dan hingga kini juga, Hadi masih lagi enggan mendedahkan nama calon PM dari PR. Kenapa? Kerana, Hadi pastinya tidak mahu berebut jawatan hebat itu dari Anwar sendiri.

Hadi menjawab soal pemilihan nama calon itu akan diselesaikan selepas berakhirnya PRU13. Mereka masih lagi bermimpi yang kononnya mampu untuk menakluk Putrajaya seterusnya merampas jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Dalam isu meletakkan nama calon, Hadi juga menggunakan rakyat sebagai alasan utama. Katanya, biarlah rakyat yang menentukan PM Malaysia. Sekali lagi persoalan yang sama perlu dibangkitkan, bagaimana rakyat mahu memilih PM sekiranya mereka tidak tahu!

“Saya tidak boleh mendahului rakyat, kita perlu menangkan dulu, baru kita tahu siapa (perdana menteri),” katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di sini.

Apakah Anwar, seorang lelaki yang mempunyai peribadi yang teruk dari segi rekod skandal seks yang terlampau banyak, menyokong hubungan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT), punyai fahaman sekular dalam agama layak untuk didukung sebagai Perdana Menteri?

Apakah Hadi Awang yang telah memperjudikan kalimah Allah S.W.T kepada konco-konconya dalam parti yang bukan beragama Islam seterusnya membenarkan orang-orang Islam menganiaya agama mereka sendiri sudah layak diangkat sebagai Perdana Menteri?

Pokok pangkalnya, tidak ada nama pemimpin dalam PR yang layak untuk diletakkan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top