Nuffnang

ISU Video Seks : Muhasabah Diri Jalan Terbaik Buat Mustafa Ali


Gila apakah manusia bernama Mustafa Ali ini. Semalam beliau membuat kenyataan bahawa penyebaran video klip hubungan seks seorang individu menyerupai beliau merupakan kerja UMNO.

Ketika beliau dan seluruh pimpinan Pas membelasah pengedar vcd tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, fitnah dan berniat jahat, apakah menuduh UMNO terbabit dalam terbabit dalam pengedarannya bukan merupakan fitnah?

“That’s normal for Umno. They are willing to employ dirty tactics to spread lies… I am their latest victim,” kata Mustapha Ali, Setiausaha Agung Pas.

Sekarang kita ingin bertanya Mustapha, apa bukti UMNO terbabit dengan pengedaran tersebut? Jika tiada bukti bukankah kedudukan Mustapha sama sahaja seperti pengedar VCD lucah tersebut?

Mustapha perlu sedar bahawa UMNO tidak mendapat sebarang faedah daripada pengedaran video tersebut. Malahan UMNO mengalami kerugian kerana Mustapha Ali merupakan antara orang yang boleh berbincang perpaduan Melayu dan Islam. Beliau adalah antara individu yang kehadapan mempelopori idea kerajaan perpaduan.

Musuh utama Mustapha sebenarnya ialah kumpulan Anwarinas dalam Pas dan PKR Terengganu. Hakikat bahawa pengedaran VCD tersebut berlaku di negeri Terengganu menunjukkan ada usaha untuk melemahkan kedudukan Mustapha dalam berurusan dengan PKR Terengganu.

Mustapha sendiri tahu bahawa PKR sedang menuntut tiga kawasan Parlimen di Terengganu iaitu Dungun, Kuala Terengganu dan Kemaman. Mustapha sendiri tahu beliau antara orang yang menentang keras pemberian tiga kawasan Parlimen ini kepada PKR. Malahan Mustapha pergi lebih jauh dengan mengumumkan calon Pas Kuala Terengganu tanpa menunggu persetujuan pembahagian kerusi dalam Pakatan.






Khabarnya, ini menimbulkan ketidakpuasan hati Pengerusi PKR Azan Ismail yang merancang untuk bertanding di kerusi tersebut. Akibatnya Azan dalam nada merajuk mengumumkan beliau hanya akan bertanding jika ada kerusi yang kosong.

Namun yag menjadi syak wasangka kita, hanya selepas perbalahan ini, tiba-tiba sahaja VCD individu menyerupai Mustpha Ali tersebar di Besut, Terengganu. Walaupun kita tidak berniat menuduh pembabitan Azan dan PKR Terengganu, namun merekalah yang paling mendapat keuntungan daripada masalah yang menimpa Mustapha ini.

Mustapha berada dalam keadaan lemah sekarang tentulah menguntungkan PKR dan merugikan Pas. Pengaruh dan kekuatan Mustapha sebagai perunding Pas menjadi lemah dengan pengedaran VCD ini.

Jadi Mustapha perlu sedar bahawa yang ingin melihat kejatuhan beliau ialah rakan-rakan sekutunya, bukannya UMNO atau Barisan Nasional.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top