Nuffnang

DIBAKAR!!! Kediaman Polis Jadi Sasaran

"Ketika kejadian, anggota saya sedang tidur dan bergegas keluar dari bilik tidur apabila terdengar bunyi letupan kuat di luar rumah".

Sebuah rumah teres yang dihuni dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Jalan Imam Abdul Aziz, Klang dekat sini dibakar, dipercayai kerana dendam, dalam satu kejadian awal hari ini.




Gambar Hiasan


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, kejadian itu disedari pegawainya yang berpangkat Sub Inspektor dan Lans Koperal apabila kedua-duanya terdengar bunyi letupan di perkarangan rumah mereka kira-kira pukul 3 pagi.

"Mereka kemudian bertindak keluar dari rumah apabila melihat pintu depan rumah mereka dijilat api dan terkejut apabila empat tayar kereta Toyota Unser dan bonet belakang Proton Saga milik mereka yang diparkir di depan rumah turut dijilat api," katanya di sini.

Bagaimanapun ujarnya, kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian oleh mangsa menggunakan air dari pili air di laman rumah itu. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top