Nuffnang

PERANGI RASUAH : Ketua Menteri Sarawak Komited


PANEL Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menyambut baik komitmen dan keseriusan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satim dan pada masa yang sama yakin perkembangan positif itu akan dipertingkatkan bagi mewujudkan persekitaran bebas rasuah di Sarawak dan Malaysia pada keseluruhannya.
Perkara itu dizahirkan oleh Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar, yang mengetuai rombongan PPPR, badan bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengunjungi Tan Sri Adenan di Wisma Bapa Malaysia di Kuching baru-baru ini.

PPPR yang mengadakan mesyuarat setiap bulan, hari ini mengadakan mesyuarat kali ke-10 pihaknya tahun ini, di Sarawak.

"Tan Sri Ketua Menteri (Sarawak) telah menunjukkan banyak usaha bagi memerangi rasuah. Komitmen beliau ini satu perkembangan yang cukup baik. Kita akan pantau usaha ini.

"Malah, Ketua Menteri juga telah memberi komitmen dalam pertemuan hari ini bahawa penguatkuasaan yang lebih teratur akan diambil bagi menangani isu pembalakan haram," kata Tan Sri Johan kepada pemberita selepas pertemuan yang berlangsung lebih sejam di Pejabat Ketua Menteri.

Pertemuan tersebut merupakan yang kedua melibatkan kunjungan ke atas Ketua Menteri dan Menteri Besar. Awal tahun ini, PPPR telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Dato' Sri Ir Idris Haron.

Tan Sri Johan berkata, Tan Sri Adenan telah memperlihatkan perubahan besar sejak menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak pada Mac 2014.

"Beliau (Tan Sri Adenan) telah mengumumkan banyak tindakan dan usaha untuk menangani isu-isu rasuah, telah membuat banyak kenyataan. Perkara ini dihargai oleh PPPR dan juga SPRM," kata Tan Sri Johan.

Antara komitmen Tan Sri Adenan ialah memerangi rasuah di sektor pembalakan. Selain itu, beliau juga telah mengetuai Ikrar Integriti membabitkan anggota Kabinet dan ahi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak. Ikrar Integriti Korporat (ICP) juga ditandatangani oleh syarikat pembalak.

Menurut Tan Sri Johan, dalam perbincangan itu, Ketua Menteri Sarawak telah berkongsi usaha tambahan yang akan diambil iaitu untuk mengatasi aspek ketirisan yang ada kaitan dengan jenayah rasuah.

"Di mana Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri (Sarawak) akan mempertingkatkan keupayaan sistem komputer," katanya lagi.

Selain itu, tambah beliau, Tan Sri Adenan juga memaklumkan bahawa agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan negeri akan diperkukuhkan bagi memastikan penjawat awam bertindak dengan jujur dan profesional.

"Dengan ini, PPPR yakin usaha bagi mengatasi isu rasuah akan bertambah baik," katanya. Tan Sri Johan berkata, PPPR dan SPRM akan meningkatkan lagi pendekatan 'engagement' dengan mana-mana agensi yang memperlihatkan komitmen bagi membantu usaha memerangi rasuah.

"Pertemuan kami (PPPR) dengan kerajaan-kerajaan negeri telah mula menampakkan hasil yang baik, ada komitmen daripada kerajaan-kerajaan negeri," kata beliau.

Turut hadir pada pertemuan hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato' Sri Mustafar Ali yang juga ex-officio PPPR.

Ahli PPPR yang hadir pertemuan hari ini terdiri daripada Datuk Dr N. Marimuthu; Prof Dato' Dr Engr Chin Yew Sin, Dato Zuraidah Atan; Dato' Khalid Ibrahim; Walter Sandosam, Dato Sharifah Mohd Ismail; Prof Madya Dr Ismail Sualman; Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad dan Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abd Aziz.

Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Dato' Mohamad Yusoff Akope; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil; Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam, KPKPj Junipah Wandi dan Pengarah SPRM Sarawak, Dato Badrul Shah Norman juga hadir.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top