Nuffnang

KOPI BERACUN : Radix Nafi Dakwaan


HPA Industries Sdn Bhd menafikan sekerasnya dakwaan berkenaan produk keluaran syarikat itu mempunyai bahan beracun.

Pengurus Pengeluaran, Zakaria Abu Bakar berkata berdasarkan rekod syarikat, produk yang didakwa mengandungi racun itu merupakan produk tiruan ekoran nombor batch 15FH06/00286 MAY 2017, bukan keluaran syarikat tersebut.

Bagaimanapun, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat pada Jumaat lalu di Balai Polis Kangar.

Pengguna dinasihatkan untuk membeli produk daripada agen yang sah.

Sebelum ini, satu notis dari Kementerian Kesihatan memaklumkan produk Radix Kopi Campuran jenama HPA Industries Sdn Bhd dikesan mengandungi racun berjadual Sildenafil.

Pihak syarikat diarahkan memanggil balik produk berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Surat bertarikh 29 Oktober 2015 itu telah diviralkan pihak tertentu di laman sosial beberapa hari lepas.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top