Nuffnang

FOBIA : Video Amuk Ala Kiki Tersebar, Shasha Kini Ketakutan


Seorang wanita yang videonya tersebar selepas mengamuk dengan memukul sebuah kenderaan lain menggunakan kunci stereng mengakui dia kini bimbang terhadap keselamatan diri dan keluarganya. 

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shasha, 35, berkata, ketakutan yang menyelubungi dirinya itu ialah apabila pemilik kereta yang dikemekkannya itu telah mengancam untuk mencarinya di tempat kerja.

Menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada 28 Oktober lalu, Shasha menegaskan, dia bertindak memukul kereta lelaki yang tidak dikenali itu kerana mahu mempertahankan diri. 

Katanya, lelaki itu yang menaiki kereta jenis Toyota Camry telah meletakkan kenderaannya di tempat letak kenderaan yang telah dikhaskan untuknya.

“Lelaki itu telah mengambil tempat letak kereta saya. Apabila saya suruh dia pergi ke petak letak kereta yang lain dia tidak mahu berbuat demikian,” katanya. 

Menceritakan semula kejadian itu, Shasha berkata, dia sengaja letakkan keretanya menghalang Toyota Camry kerana geram dengan perbuatan lelaki berkenaan yang meletak kenderaan ditempat yang dikhaskan untuknya. 

“Lelaki itu yang berada di dalam Toyota Camry telah menggerakkan keretanya dan melanggar kereta saya. Sedang saya bercakap di telefon lelaki itu kemudian telah mengambil kunci kereta saya,” katanya.

Dia mendakwa lelaki terbabit juga telah memukul ayahnya berusia 67 tahun yang ketika itu ada bersama dengannya. Disebabkan hilang kesabaran dengan sikap lelaki itu, dia kemudian telah bertindak mengambil kunci stereng dan memukul kenderaan lelaki itu beberapa kali sehingga kemek. 

Perlakuannya itu telah dirakam oleh lelaki terbabit yang kemudian menyebarkannya di media sosial. 

Dia tahu tujuan sebenar lelaki itu merakam gambar iaitu dengan niat mahu menunjukkan dia adalah pelaku sebenar punca kejadian berlaku. 

“Video ini membuatkan saya kelihatan seperti seorang wanita gila. Saya melakukan iu adalah bagi melindungi keluarga saya dan harta saya.” 

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan polis telah menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top