Nuffnang

PENTING : Semakan Kelayakan eKasih Bagi BR1M 2016


Semakan kelayakan eKasih bagi BRIM 2016 boleh dibuat online namun ramai yang masih keliru sama ada mereka berada dalam senarai eKasih atau tidak.

Kerajaan telah memperkenalkan suatu kategori baharu dalam BRIM, iaitu jumlah RM1050 akan diberi kepada individu atau keluarga yang merupakan ahli aktif dalam program eKasih.

Apa itu eKasih

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mempunyai pangkalan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan.

Bagaimana individu boleh mendaftar?

Melalui pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).

Semakan kelayakan

Lawati link ini dan memasukkan IC anda. Sistem membenarkan sesiapa sahaja yang merupakan ahli kepada suatu keluarga, maka sebagai anak-anak anda boleh menggunakan IC anda untuk membantu ibubapa untuk membuat semakan tanpa maklumat log masuk. Mengetahui kelayakan ini membolehkan keluarga melayakan diri untuk menerima jumlah BRIM yang lebih tinggi.

Maksud KIR dan AIR

Ketua Isi Rumah (KIR) adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isirumah dimana dia tinggal.Ahli Isi Rumah (AIR) adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.

Kepada yang layak tetapi belum lagi memohon eKasih silakan mengambil inisiatif untuk berbuat demikian, kerana bantuan oleh kerajaan akan menumpu kepada golongan ini. Ini dapat dilihat dalam pembayaran BRIM tahun 2016, yang mana mereka diberi bantuan kewangan setinggi RM1050. Sekiranya terdapat perubahan maklumat, sila ke laman BRIM untuk membuat kemaskini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top