Nuffnang

PONDAN!!! MP BN Terlepas Hukuman Speaker


Seorang anggota parlimen BN terlepas daripada tindakan selepas kenyatannya yang menyifatkan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) lebih 'teruk daripada pondan'.

Ini kerana Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berpuas hati dengan penjelasan kenyataan seksis oleh oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) itu tidak dimaksudkan kepadanya.

Bagaimanapun Pandikar memutuskan bahawa label 'pondan' adalah perkara tidak berparlimen

Kenyataan seksis itu dibuat semalam oleh Abdul Azeez sewaktu Kasthuriraani mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016.

Ketua whip DAP Anthony Loke (DAP-Seremban) membuat aduan selepas Azeez melemparkan perkataan 'balik tong san' kepada ahli parlimen berbangsa Cina hari ini.

Istilah 'tong san' merujuk kepada tanah besar China.

Memetik Seksyen 36 (4) Peraturan Mesyuarat Parlimen, Loke berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana ahli parlimen untuk mengeluarkan kenyataan kurang ajar atau seksis di Dewan Rakyat.

"Dia tidak tarik balik kenyataan 'balik tong san'. Perkataan ini sangat sensitif kepada mana-mana masyarakat terutamanya masyarakat Cina di Malaysia," katanya.

"Dia juga memanggil Batu Kawan (Kasthuri) sebagai pondan. Kenyataan seksis itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Pengerusi Lembaga Tabung Haji. Ini tidak wajar," kata Loke.

Azeez, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, menarik balik 'balik tong san' yamg dibuatnya beliau tanpa syarat tetapi enggan berganjak dengan ejekan 'pondan'.

Katanya, kenyataan itu tidak dilemparkan secara langsung terhadap Kasthuri.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top