Nuffnang

DISIASAT POLIS : Ini Respon Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Reaksi itu diberikan selepas beliau disoal siasat sekumpulan pegawai penyiasat daripada Bukit Aman.

Ketika ditanya mengenainya, beliau yang enggan mengulas lanjut memberikan jawapan ringkas

“ Tiada apa, tiada apa…dia menyoal, saya enggan menjawab,” katanya.

Terdahulu, anggota berkenaan dilaporkan mengambil masa lebih 45 minit untuk menyoal siasat beliau.

Sementara itu, peguamnya Haniff Khatri Abdulla mengesahkan, siasatan bermula jam 11 pagi tadi.

Dalam maklum balas yang sama ketika ditanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, Dr Mahathir berkata, beliau akan terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Saya akan cakap apa yang perlu saya cakap,” jawapnya ringkas.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top