Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PEMBAHAS HEBAT : Apehal Rafizi Bodek Arul 1MDB?


PETALING JAYA: Presiden dan juga 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bukan sembarangan pendebat.



Kehebatannya diakui sendiri Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang berkongsi keterujaan dengan kelebihan yang dimiliki orang penting syarikat pelaburan kerajaan itu.

Katanya, Arul pernah mengetuai pasukan debat yang berkali-kali memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an.

Ahli Parlimen Pandan menyatakan perkara ini dalam posting blog beliau bertarikh 1 September 2010, di mana dia telah memberi penghormatan kepada Allahyarham rakannya Adlan Benar Omar, atau Ben.

“Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arulkanda Kandasamy,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

“Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students) di UK – dan Arulkanda (lagenda di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben berbahas,” tulis Rafizi.

Dalam sidang akhbarnya pada Sabtu, Arul telah menyatakan persetujuan tanpa syarat untuk bersemuka di televisyen dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya bagi menjawab skandal 1MDB.

SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. tu ayat penyata rafizi, nk beritahu umum arul kanda ni pandai cakap. dgn kata lain nk cover t.pua dgn cara tidak langsung.

    BalasPadam
  2. Cina-cina DAP ni sama juga Melayu ngok dalam PKR dan UMNO hanya tahu melalak bila kena tui sikit dengan orang yang ada bukti yang sahih mulalah sorok ekor celah kelangkang. Buat orang itu cabar balik mahu kencing kankang kat tunggul kayu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top