Nuffnang

FITNAH!!! Polis Serbu Pejabat Malaysiakini Dan The Star Online


Portal berita, Malaysiakini dan The Star Online, semalam diserbu dan disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didapati berunsur fitnah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada Selasa lepas.

"Pegawai itu mendakwa laporan berita berkenaan telah menjejaskan nama baik agensi terbabit (Jabatan Peguam Negara)," katanya ketika dihubungi Bernama, malam tadi.

Zainuddin berkata pihaknya bersama pasukan JSJ Putrajaya dan SKMM telah hadir di kedua-dua pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, kira-kira 6 petang semalam untuk menjalankan siasatan.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung artikel dikeluarkan mereka yang digunakan, seterusnya mengenal pasti pengarang terbabit untuk diambil keterangan," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top