Nuffnang

TUNGGANGAN DAPIGS : Kenyataan Aziz Bari Selepas Dilantik CEC DAP


Bukan Melayu boleh dilantik sebagai menteri besar kerana ia dibenarkan Perlembagaan yang jelas menyatakan mereka turut mempunyai hak asalkan memenuhi syarat ditetapkan, kata Dr Abdul Aziz Bari. 

Pakar undang-undang itu berkata, mengikut Perlembagaan, dalam keadaan tertentu kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk memilih calon menteri besar daripada kalangan bukan Melayu. 

"Ya betul (lantik bukan menteri besar bukan Melayu) cuma kena tengok dalam konteks tertentu. Sebagai peruntukan umum memang orang Melayu saja boleh jadi menteri besar,” kata Aziz di Petaling Jaya semalam. 

"Tetapi yang nombor dua dalam Perlembagaan dinyatakan, untuk pastikan syarat dan kedudukan menteri besar dipenuhi, Sultan boleh mengetepikan peruntukan tersebut. Maknanya Sultan boleh lantik orang bukan Melayu,” katanya. 

Aziz yang baru sahaja dilantik menjadi ahli jawatankuasa DAP Selangor menjelaskan, pelantikan bukan Melayu sebagai menteri besar boleh terjadi sekiranya tiada majoriti Melayu yang menyokong calon menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 

"Ataupun orang Melayu tidak ada dalam DUN selain mungkin orang Melayu itu tidak sesuai menjadi menteri besar". 

“Ada pelbagai situasi dan maksudnya, kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk melantik orang bukan Melayu,” katanya. 

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bagaimanapun berkata, pada waktu ini, kemungkinan untuk bukan Melayu dilantik sebagai menteri besar terlalu kecil. 

"Hendak mengatakan orang Melayu tidak ada dalam DUN, itu saya rasa agak tidak masuk akal. “Namun yang saya jelaskan ini, maksudnya kalau orang Melayu itu sendiri terbuka dan mereka hendak lihat calon yang baik dan sesuai dan boleh menerima, maka ia tidak mustahil," katanya. 

Apabila ditanya apakah kenyataannya bermakna beliau menyokong pelantikan menteri besar di kalangan bukan Melayu, Aziz berkata ia tidak berbangkit dan bukan menjadi isu. Sebaliknya Aziz berkata, beliau hanya ingin menjelaskan tindakan demikian boleh dilaksanakan dan bukan berdasarkan pendapat peribadinya. 

"Ini bukan soal saya menyokong atau tidak, tapi apa yang saya nak jelaskan apa ada di situ dan keduanya nak beritahu nak kata orang bukan Melayu tidak boleh jadi menteri besar tidak ada sebenarnya, ia boleh walaupun bukan yang pertama," katanya. 

Katanya, syarat paling penting ialah calon menteri besar mendapat kepercayaan majoriti dan mesti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Maknanya Perlembagaan beri ruang untuk Sultan sedikit sebanyak dan kebebasan bagi memastikan pentadbiran mantap serta bertanggungjawab. 

“Sultan tidak boleh lantik sesiapa saja macam sebelum merdeka iaitu dengan lantikan peribadi,” katanya yang sebelum ini pernah menjadi calon PKR di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Semasa Konvesyen Tahunan DAP Selangor semalam, Aziz yang hadir sebagai pemerhati menyatakan kekecewaannya apabila wujudnya kempen dalam PKR menolak calon menteri besar bukan Islam. 

Mengulas mengenai krisis yang berlaku di antara parti pembangkang, Aziz berkata, dari sudut penyokong meskipun mempunyai kekecewaan namun tidak sampai ke tahap untuk mereka balik kepada Umno. 

"Umno tidak ada kekuatan itu kerana mereka pun ada masalah seperti pentadbiran Najib dan masalah perpecahan dalaman parti. "Pakatan Harapan ada kelemahan tapi tetap Umno tidak mampu untuk mengambil kesempatan," katanya. 

Krisis di Selangor bermula antara gabungan pembangkang apabila PKR melancarkan “Langkah Kajang” untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Khalid dan menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor. Akhirnya PR yang ditubuhkan selepas PRU13 berkubur akibat daripada pergeseran berterusan di antara PAS dan DAP dalam pelbagai isu termasuk hudud di Kelantan. 

Selepas tewasnya kelompok dalam PAS semasa pemilihan di Muktamar PAS ke-61 lalu mereka yang kecewa ini menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) @ PAN. PKR, Amanah dan DAP kemudiannya menubuhkan Pakatan Harapan. 

Bagaimanapun di Selangor, DAP, PKR dan PAS masih berada dalam kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

- SUMBER
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top