CULIK DAN BUNUH : Polis Tahan Tukang Masak Sebar Makkumat Palsu
Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook, Radzlan Razz yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian bunuh dan culik tiga kanak-kanak warga Filipina, di restoran Kuta Bistro Waterfront, malam tadi.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra dalam kenyataan hari ini berkata, suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan kira-kira jam 8.45 malam.
Beliau berkata pihaknya turut membuat pemeriksaan di bilik sewa suspek di bangunan LCP Trading, Sedco Light Industrial Jalan Tuaran Inanam dan merampas beberapa barang yang berkaitan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, polis menafikan ada kejadian bunuh dan culik tiga orang kanak-kanak warga Filipina dari Sepanggar seperti yang disiarkan dalam Facebook suspek Selasa lalu.
Pemilik laman sosial itu mendakwa terdapat dua mayat ditemukan di Kampung Delima dan satu mayat di Sembulan. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



anwar convenes urgent cabinet meeting to tackle us...

from fair credit to excellent credit how primerate...

kebakaran putra heights polis sahkan terdapat akti...

tragedi letupan challenger milik nasa

pencuri kabel maut dalam bumbung pasar siti hajar

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....