Nuffnang

SERAM!!! Kisah Suami Sangkakan Isteri Masuk Kereta Di LPT 2


Mendengar lebuh raya LPT2 sudah tentu kita boleh membayangkan ia sebagai tempat paling banyak memakan mangsa akibat kemalangan jalan raya.

Sebelum ini pernah dibongkar oleh beberapa penulis tentang kisah-kisah seram yang berlaku di lebuh raya tersebut. Tulisan kali ini akan membawa satu kisah misteri yang merupakan kisah benar.


Menurut salah seorang yang mahu dikenali sebagai Goneng tukang masak beliau dan keluarganya telah pulang dari Kuantan melalui LPT 2 untuk menuju ke Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan di sekitar LPT 2 dan berhampiran dengan sebuah perhentian rehat di lebuh raya itu anak serta isterinya ingin membuang air kecil.

Lantas beliau pun memberhentikan keretanya di sebuah hentian rehat dan beliau serta isteri dan anaknya pun turun untuk membuang air kecil.

Suasana di sekeliling agak sunyi sejuk dan berangin sepoi sepoi serta suasana lampu yang di pasang pun hanya terang samar samar Sehingga membuat kawasan di sekeliling tidak nampak jelas.

Dalam 3 minit kemudian beliau melihat anak perempuannya masuk Kedalam kereta di susuli dengan isterinya,beliau pun terus masuk kedalam tanpa sembarang banyak bicara.kira kira pada masa itu dalam pukul 10.30 malam.

Selepas kereta berjalan beliaupun bertanya kepada isterinya kenapa tak panggil abang tadi? air dalam tandas tu laju x? tanya beliau berulang kali,namun isterinya tidak mejawab sepatah kata pun.

Isterinya duduk membisu yang berada di sebelahnya macam tunggul kayu tidak sedikit pun berpaling padanya,setelah 5 minit mendiamkan diri dalam perjalanan tiba tiba telepon beliau berbunyi dengan no yang amat di kenali.

Lantas beliau menoleh penumpang yang disangka isterinya tadi dan melihat penumpang itu sudah hilang, dalam telepon isteri beliau berkata "bang kenapa tinggalkan kami di sini"

Beliau mengejutkan anaknya yang lain takut dengan apa yang terjadi, sambil mengucap panjang dan mebaca ayat -ayat suci Al-quran kemudian beliau berpatah balik untuk mengambil isteri dan anaknya di perhentian tadi.

Sumber qasyahfulmalayworld mengatakan cerita ini di tulis olehnya dari cerita tuan punya badan sendiri kejadian berlaku setahun lalu.

BB NEWS : Penulis sendiri pernah mengalami pengalaman misteri semasa menggunakan jalan tersebut.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top