Nuffnang

HASUT : Amaran Ali Tinju Buat Tun M


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didesak supaya berhenti menghasut rakyat membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ingatan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom atau Ali Tinju.

Katanya, jika Dr Mahathir berdegil dan meneruskan serangan terhadap Najib, pihaknya akan mendesak Perdana Menteri menggugurkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, dia tidak teragak-agak untuk menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gerakan Merah untuk melancarkan desakan itu.

“Jika Tun masih kacau dan menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri Malaysia yang sah, Datuk Seri Najib Tun Razak, kami NGO Melayu #Gerakan Merah akan membuat bantahan supaya Perdana Menteri gugurkan anak Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya.

Ali Tinju berkata, peringatan itu penting kerana Dr Mahathir masih ghairah menyerang kepimpinan Najib dengan melemparkan segala tuduhan dan tohmahan tidak berasas.

 - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top