Nuffnang

BERITA BAIK : Akhirnya Kabinet Tidak Haramkan VAPE!!!


"Berita baik untuk pengguna vape, pembuat vape dan peniaga vape.. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya.

Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negara ini.

Perkara itu disahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi entri Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam memaklumkan bahawa kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.

Bagaimanapun, nada berbeza disuarakan timbalannya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, semalam yang memberitahu belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik.

Justeru itu katanya, penjualan dan penggunaannya tidak dihalang, berikutan setakat ini tiada undang-undang khusus mengenainya.

Dr Hilmi juga menyatakan kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan mengenai penggunaan dan penjualan rokok elektronik itu sebelum merangka akta baharu.

GAMBAR : TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menunjukkan rokok elektronik atau vape selepas mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaannya di negara ini. - Foto Ramdzan Masiam (Berita Harian)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top