Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ADUHAI!!! Jerebu Berkurang Berkat Seruan Ayah - Rani Kulop


“Alhamdulilah, setelah ayah buat laporan polis tempoh hari yang meminta rakyat mendoakan supaya jerebu ini dapat dihindarkan….tengok Jerebu di Malaysia dah kurang… Ini berkat seruan ayah (Rani Kulop),” katanya di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi. 

Abdul Rani Kulop mendakwa jerebu teruk yang semakin pulih di negara ini hasil berkat laporan polis yang dibuatnya baru-baru ini. 

Dalam laporan itu, Rani Kulop telah meminta rakyat Malaysia supaya berdoa agar jerebu di negara ini berkurangan dan pulih. 

Rani Kulop yang juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) turut meminta agar kerajaan lebih tegas dalam menangani isu jerebu. Katanya, masalah jerebu ini tidak akan selesai sampai bila-bila jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas. 

“Ayah minta kerajaan ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang membakar hutan di sana (Indonesia). Selagi tak ambil tindakan orang tak takut dan ia akan mendatangkan kemarahan kepada rakyat… Kita nak bakar sampah berlebihan pun tak sampai hati tapi di negara luar, mereka bebas membakar hutan,” katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. mangang! jerebu berkurang sebab monsoon timur laut is here oledi...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top