Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TAYAR PECAH : Pesawat Maswing Tergelincir Di Mukah


MUKAH : Setelah dalam tempoh beberapa bulan lepas kejadian pesawat jenis Twinotter Maswing bergesel dengan Kapal Terbang pengangkutan Tuan Yang Terutama (TYT) dan kejadian terbabas dari landasan, pada awal pagi semalam kira-kira jam 9.20 pagi Kapal Terbang jenis terbabit pula mendarat dengan cemas apabila tayar sebelah kirinya tiba-tiba pecah.



Dalam kejadian yang mencemaskan seramai lapan orang penumpang Twinotter ini setibanya mereka di landasan Kapal Terbang Mukah dari Miri, juruterbang dikatakan berjaya mengawal pendaratan kapal terbang yang dipandunya dengan mengawal panduan ke atas rumput sebelah kiri landasan sehingga membuatkan kapal terbang yang dalam keadaan hendak tiba di lokasi sebenar tiba-tiba terhenti.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Mukah, DSP Jimmy Panyau memberitahu media bahawa sebuah pesawat Twin Otter milik MASwings tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Mukah, di sini pagi tadi namun semua lapan orang penumpang dan anak kapal di laporkan selamat.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 9.20 pagi apabila pesawat tersebut mendarat di lapangan terbang berkenaan apabila tiba dari Miri.

“Dalam kejadian itu, tayar sebelah kiri belakang dilaporkan pecah dan kerja-kerja membaikpulih sedang giat dilakukan oleh petugas penyelenggaraan Syarikat Kapal Terbang tersebut.

Kedua-dua juruterbang bersama lapan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan”, tambah beliau lagi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top