Nuffnang

SAMAN!!! Najib Akhirnya Ambil Tindakan Ke Atas "Menteri" Tun Mahathir



Berani kerana benar! 

Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas menteri kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan memfitnah.
Perdana Menteri memfailkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, demikian menurut sumber.

Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Pada Rabu Dr Ling berkata beliau “sabar menunggu” untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Najib berhubung kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

“Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu,” kata Dr Ling.

Sebelum ini bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA itu menerima surat tuntutan daripada wakil peguam Najib yang menuntut beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur daripada gesaanya supaya Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

Share this article

2 Komen:

  1. saman 10 juta...menang kes....beri pada anak yatim dan orang susah.

    BalasPadam
  2. Madey terus MEROYAN...

    salah satu punca Madet mengamok dan mahu jatuhkan Najib...salah satu pening kepala sbb plan nya utk ambil alih Proton jd private company under Mokhzani + Madet menemui jalan buntu sbb Krjn xnk support lg geran2 FREE unfair mcm dulu! Maksudnye SUNTIK wang percuma pd Proton!

    Proton melingkup disbbkan gaya madet mahu kenakan rakyat.. bela kroni2 vendor yg melahap.. kualiti teruk tp keta mahal!


    Madet ckup marah dgn Najib bkn soal rakyat tp soal BISNESS!!

    Najib want to be fair.. tp Madet want his family to be the priority..rembat duit krjn! itu pasai Madet meroyan slh satunye..

    cerita dalaman geng DRB.. Madet dh plan lepas SINGKIRKAN Dato Syed Zainal yng dipilih Khazanah utk pulihkan Proton dan disayangi majoriti kakitanagn Proton... syarikan Sapura Kenchana akan jual saham2 tak terpilihnya dlm company arak San Minguel dan akan dumb billions utk beli majoriti saham Proton..

    Malang Najib tak support pumping money utk Proton lg.. Madet mau Proton jd anak emas dn hasilkan keta yang tipu rakyat mcm dulu2.. but Najib said NO!

    hahahaha..madet..kau tetap penyamun terhormat wpun dh PENCEN!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top