Nuffnang

INI HAKIKAT : DAP Tidak Mesra Islam, PKR Tiada Sokongan Akar Umbi - PAS


“Saya melihat parti serpihan ini menjadi pengikut DAP dan tugasnya adalah untuk menggalakkan DAP dan ia bukan satu kejutan apabila Salahuddin turut sama mempromosikan Lim".

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub yang meminta orang ramai untuk mengundi Lim Guan Eng dalam pilihan raya umum akan datang adalah suatu percanggahan yang jelas dengan prinsip PAS.

“Dalam Islam, kita mempunyai prinsip sendiri di mana kuasa dan mereka yang berkuasa mesti didominasi oleh orang Islam. Jika tidak, ia akan bertentangan dengan Islam.

“Kita tidak boleh menjatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengamalkan ajaran agama dengan sempurna dan menggantikannya dengan seseorang yang bukan Islam.

“Kita tidak akan memuja seorang pemimpin bukan Islam kerana ini adalah cara Islam.

“Ini menjadikan kita berbeza daripada parti yang lain,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mohd Khairuddin turut membidas langkah PAN menyerah kalah sebelum pilihan raya umum yang menunjukkan betapa lemahnya parti itu.

“Saya tidak akan terkejut jika mereka akhirnya kembali kepada PAS apabila parti itu gagal.

“Mereka begitu lemah kerana mereka tahu mereka tidak mampu menang dalam pilihan raya umum akan datang. Ahli-ahli politik sepatutnya perlu kuat semangat dan tidak begitu lemah.

Beliau berkata, umat Islam tidak akan menyokong DAP kerana parti itu membantah hukum hudud.

“Perhatikan sahaja Ahli Parlimen DAP. Mereka tidak mesra Islam. Mereka tidak menyokong isu-isu Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, beliau juga percaya bahawa kenyataan Salahuddin adalah sesuatu yang boleh dijangka dari awal lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan mahu memberi tumpuan kepada khidmat terhadap rakyat.

“Sokongan kami adalah dari rakyat, tidak kira sama ada mereka yang beragama Islam mahupun bukan Islam,” katanya.

Menurut antarapos.com, Salahuddin membuat ucapan di mana beliau memuji Lim sebagai pemimpin untuk menawan Putrajaya.

Beliau juga dipetik berkata, bahawa Lim adalah contoh terbaik untuk mewakili orang bukan Islam bagi menyelamatkan negara ini.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top