Nuffnang

TRAGEDI : Lim Guan Eng Maut Dalam Kemalangan


Ajal dan maut di luar kuasa manusia. Seorang lelaki yang kebetulan mempunyai nama sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Selangor, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa terbabas, berdasarkan kesan tayar pada permukaan bahu jalan dan rumput di tempat kejadian. 

Menurutnya, mangsa yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bandar Baru Sri Petaling itu, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, dibawa keluar anggota bomba". 

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya. 

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan, bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top