Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ACE : "Senjata" Terbaru SPRM Tangani Rasuah


Kuala Lumpur – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata mikrosite yang dipautkan di dalam laman web rasmi SPRM dijangka mula diaktifkan penghujung tahun ini.
“Kalau sebelum ini kami memberikan ceramah, memang itu ‘live’ tetapi sekarang ini kami berinteraksi secara maya. Orang (berada jauh) beribu batu secara tidak langsung cepat mendapat maklumat,” katanya dalam temu bual khas mengenai ACE.

ACE yang merupakan pusat khidmat nasihat dan rujukan amalan baik berkaitan pencegahan rasuah dilancar pada 6 Oktober lepas sebagai satu inisiatif di bawah Program Transformasi SPRM.

Ia bertindak sebagai satu platform menyediakan pengetahuan, maklumat, kesedaran mengenai rasuah, dan juga keperluan pencegahan rasuah bagi sektor awam dan swasta.

Mustafar berkata buat masa ini, SPRM menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bagi berkongsi maklumat mengenai amalan terbaik, garis panduan dan kajian kes mengenai pencegahan rasuah dalam industri binaan.

Kerjasama serupa juga sedang dibincangkan dengan pemain industri kesihatan, katanya, dan menambah lebih banyak kerjasama serupa dengan pelbagai industri lain akan dijalin secara berperingkat.

“Apa yang akan ada di dalam ACE nanti, antara kandungannya ialah maklumat asas mengenai apa itu rasuah, akibat rasuah, macam mana rasuah boleh berlaku.

“Kami juga akan paparkan amalan terbaik yang dikongsi pemain industri tempatan dan antarabangsa melalui kerjasama yang kami jalinkan, ia boleh berbentuk sebagai akta, antaranya Bribery Act-UK, Foreign Corruption Practice Act-US,” katanya.

Ditanya mengenai tahap kesedaran orang ramai terhadap jenayah rasuah, Mustafar berkata, berdasarkan kajian dilakukan pihaknya kesedaran masyarakat menunjukkan peningkatan secara drastik.

“Misalnya, 30.5 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada 2005 mengatakan sekiranya mereka ada peluang, mereka sanggup terima rasuah.

“Berganjak dari situ dengan langkah yang kita buat, pada penghujung tahun lepas perubahan drastik berlaku iaitu hanya tinggal lebih kurang 10 sehingga 15% pelajar IPT yang mengatakan begitu,” katanya.

Mustafar berkata, pelbagai inisiatif akan terus diadakan pihaknya bagi memberi kesedaran mengenai jenayah rasuah dan impaknya terhadap masyarakat dan pembangunan negara.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top