Nuffnang

BERPELUKAN : Mentah Bukan Alasan - PIBG



Isu “budak mentah” tidak harus dijadikan alasan mewajarkan tindakan berpelukan pelajar sekolah yang dikongsi meluas di Internet baru-baru ini, kata Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).
“Budak mentahlah yang kita perlu ajar dan beri bimbingan,” kata presidennya Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan.

“Tetapi soal budak mentah tidak timbul sebab saya kira mereka ini terikut-ikut dengan apa yang dilihat dan didedahkan barang kali sudah menjadi perbincangan biasa bagi mereka.”

Laman sosial kini hangat memaparkan insiden pelajar berpakaian sekolah berpelukan dan berciuman di salah sebuah sekolah dalam sebuah video 15 saat.

Bagaimanapun, dalam reaksi awal ibu kepada pelajar lelaki tersebut menyatakan perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana mereka masih “budak mentah”.

Bimbang perkara itu berleluasa, Mohamad Ali berkata remaja sekarang ini sudah tidak ada sifat malu.

Budaya Timur

Beliau justeru menasihatkan ibu bapa agar bersikap lebih tegas dengan membudayakan nilai hidup ketimuran.

“Peranan ibu bapa amat penting sekali malah penjaga dan juga masyarakat, begitu juga dengan agama dan adat resam.

“Maknanya mereka langsung tidak tersentuh dengan agama masing-masing dan adat resam ketimuran dalam sanubari mereka, seolah-olah agama sudah tidak terpakai lagi,”tambah Mohamad Ali.

Beliau juga menyelar trend memuat naik video bukan-bukan ke Internet, yang baginya menunjukkan terhakisnya nilai-nilai ketimuran.

“Sistem nilai tafsiran kita sudah rapuh, tidak berpasak kepada nilai-nilai agama, etika dan ketimuran,” tegas Mohamad Ali ketika dihubungi Malaysiakini.

Justeru Mohamad Ali menegaskan kerajaan dan Kementerian Pendidikan harus memandang isu tersebut secara serius.

- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top