Nuffnang

HARAMKAN VAPE : Persatuan Kanser Desak Kerajaan


“Pengharaman e-rokok adalah cara paling efektif untuk memastikan keselamatan orang ramai dan NCSM dengan ini menasihati kerajaan untuk mengambil kira pendirian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menggesa kerajaan segera mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau e-rokok di negara ini.

Presiden dan Pengarah Perubatannya, Dr. Saunthari Somasundaram berkata, e-rokok boleh menjadi isu kesihatan yang besar ke atas rakyat maka kerajaan Malaysia perlu mengemukan pendirian tegas mengenai isu tersebut.

Saunthari melahirkan rasa kesal kerana kerajaan menangguhkan larangan ke atas penggunaan e-rokok sedangkan tiada sebarang faedah daripada penggunaan e-rokok berbanding penggunaan rokok tembakau.

Menurutnya, kerajaan Malaysia perlu juga mengambil berat mengenai tahap keselamatan penggunaan e-rokok kerana tiada sebarang bukti saintifik bahawa peralatan itu selamat atau mampu membantu individu berhenti merokok.

“Laporan menyatakan pengguna e-rokok tidak benar-benar bebas risiko dan pihak berkuasa kesihatan termasuk di Amerika Syarikat serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa jumlah bahan-bahan toksik yang dihasilkan oleh rokok elektronik adalah tidak diketahui,” katanya. 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top