Nuffnang

SRC INTERNATIONAL : SPRM Tetap Teruskan Siasatan


MERUJUK kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh SRC International Sdn Bhd hari ini, bertarikh 5 November 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa SPRM menyiasat kes SRC International berlandaskan undang-undang yang telah digubal oleh Parlimen.

Oleh itu, siasatan SPRM ke atas SRC International tetap akan diteruskan walaupun terdapat siasatan yang khusus berkaitan dengan isu kebocoran maklumat yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. 

"Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan. 

Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu.

Terpulang kepada SRC International jika pihaknya mahu membuat laporan polis agar menyiasat isu kebocoran maklumat dimaksudkan.

SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatan SPRM.

Kenyataan SRC International berkaitan perkara ini sekiranya benar, ia seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International. Mengikut Akta SPRM 2009, mana-mana pihak yang menghalang siasatan SPRM boleh diambil tindakan di bawah Akta SPRM 2009.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top