Nuffnang

KONVENSYEN DAP : Guan Eng Selar PAS, Gula-Gulakan Melayu


PAS menjadi topik hangat dalam perbincangan pada konvensyen DAP Selangor, dengan Lim Guan Eng menyelar parti Islam itu kerana tidak mahu menyokong usul penolakan Bajet 2016.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan PAS tersebut begitu mengecewakan, menunjukkan parti berkenaan tidak bersama-sama dengan parti pembangkang lain.

"Ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bekerjasama rapat dengan Barisan Nasional," dakwa Guan Eng dalam ucapannya pada perasmian konvensyen itu, Ahad.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sebuah akhbar harian berbahasa Melayu bahawa parti Islam tersebut tidak akan menyertai parti-parti pembangkang lain dalam usul menolak Bajet 2016.

Guan Eng mendakwa bahawa kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih memilih untuk bersama dengan Barisan Nasional.

Jika suara akar umbi DAP diambil kira, jelas parti itu menolak calon pemimpin Melayu dalam parti yang didominasi kaum China itu.

Sekaligus ia menggambarkan hanya pemimpin atasan DAP yang mengula-gulakan segelintir orang Melayu agar menyertai parti itu dengan tawaran jawatan dan kemungkinan kerusi pada pilihan raya akan datang.

Itulah yang berlaku dalam pemilihan barisan kepimpinan DAP Selangor dalam Konvensyen Tahunan DAP negeri di Petaling Jaya, Ahad.

Seperti pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2013 yang melihat Zairil Khir Johari dibawa masuk selepas kiraaan semula undi, DAP Selangor melantik tiga ahli jawatankuasa negeri itu apabila tidak ada calon Melayu dipilih.

Mereka ialah Dr Abdul Aziz Bari, Young Syefura Othman dan Ketua DAPSY Subang, Edry Faizal Eddy Yusof.

Bagai menegak benang basah, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua yang berdepan kecaman kerana ‘takut’ berdekat dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menolak masih wujud isu perkauman apabila tiadanya orang Melayu yang dipilih melalui pengundian bagi membarisi Ahli Jawatankuasa DAP Selangor.‎

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi DAP negeri berkata, faktor utama menyaksikan tiadanya kaum Melayu dipilih kerana rata-rata calon masih baru terlibat dalam parti.

“Tidak ada isu ini mengenai tiada Melayu. Mereka undi pada calon yang mereka kenal dan bukannya berdasarkan kaum,” katanya pada sidang media selepas Konvesyen Tahunan DAP Negeri Selangor di Petaling Jaya hari ini.

Benarkah perwakilan tidak mengenali calon-calon Melayu tersebut terutama Dr Aziz dan Syefura?

Ia sesuatu yang sukar dipercayai kerana Dr Aziz cukup popular dengan kontroversi perbahasan isu perlembagaan manakala Syefura adalah teman rakan Diana Sofea Mohd Daud – yang diangkut DAP ke sana sini ketika PRK Teluk Intan dahulu.

Nyata DAP masih mahu bermain silap mata dengan cuba mengula-gulakan ketiga-tiga mereka sebagai pemimpin DAP di Selangor bagi memberi gambaran bahawa DAP bukan parti cauvanis itu.

Sebenarnya DAP perlu muka Melayu dalam parti itu apatah lagi selepas PAS menamatkan kerjasama politik dengan mereka sekaligus menguburkan Pakatan Rakyat kecuali masih bertahan di Selangor.

Itupun, sudah ada perwakilan DAP menggesa pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk memecat wakil rakyat PAS daripada kerajaan negeri.

Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, berkata sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat PAS Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kita mendesak kerana PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, jadi kita mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk pecat wakil rakyat PAS ataupun DAP perlu keluar dari pentadbiran tersebut,” katanya ketika perbahasan.

Ini membayangkan lambat laun, PKR atau Azmin akan menamatkan hubungan dengan DAP apatah lagi DAP sudah ada teman baru, Amanah yang sedang ditatang bagai minyak penuh oleh DAP.

BNBBC
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top