Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RASIS DAN PEMBULI MELAYU : Bekas Ahli DAP Dedah Politik Jahat Parti


Bekas ahli DAP mendakwa parti itu ditubuhkan untuk membuli orang Melayu.

Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata demikian susulan tindakan pemimpin DAP yang mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memecat Exco Pas.

Katanya, DAP yang sepatutnya perlu meletak jawatan exco kerana Pas tidak melakukan sebarang kesalahan malah parti itu menang atas pilihan rakyat.

“DAP duduk menyalak pecat Exco Pas tetapi Pas konsisten kerana mereka dipilih rakyat. Kalau benci dengan Pas sepatutnya DAP kena letak jawatan Exco.

“Siapa DAP nak cabar Pas letak jawatan. DAP ini rasis, dia memang tidak suka tengok orang Melayu pegang jawatan dalam Exco, bukti DAP rasis jelas dalam pemilihannya baru-baru ini apabila tidak ada Melayu yang menang,” katanya kepada FMT.

Ramesh berkata, sekiranya, DAP terus mendesak Pas digugurkan dari Exco, pilihan raya umum (PRU) akan datang parti itu akan ditolak pengundi Melayu.

“Melayu akan tolak sebab mereka anggap Cina (DAP) buli Melayu, Cina jangan buli Melayu, kalau mereka nak tolak hudud sekalipun,” katanya.

Jelasnya, pelantikan Exco Pas dibuat dengan perkenan Sultan Selangor malah Baginda berhak melantik sesiapa sahaja jika dianggap layak.

“Tuanku Sultan Selangor sudah berkenan Pas dilantik Exco, DAP nak lawan kuasa Tuanku?,” katanya.

Share this article

1 Komen:

  1. Maaf.. sekadar berkongsi..jika kengkawan online dan tidak buat aper.. mengapa tidak try buat duit.. ini bukan scum.. part time job... masuk link ni dan registered . .anda beroleh USD20..
    sharing is caring 😊
    http://parttimeduty.com/index.php?ref=6424

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top