Nuffnang

DEMOKRASI TAIK KUCING!!! Tony Pua Dilantik Pengerusi DAP Selangor Walau...


Walaupun sekadar memperolehi undi kelapan terbanyak dengan 495 undi dari 15 pemimpin DAP peringkat Selangor yang berjaya dipilih, namun Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara YB Tony Pua sekali lagi dilantik menjadi Pengerusi DAP Selangor dengan menolak ketepi Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Singh Deo yang mendapat undi terbanyak sebanyak 736 undi tetapi sekadar dilantik kekal sebagai Timbalan Pengerusi DAP Selangor. 

Jika difikirkan secara logik dari undi yang diperolehi sudah pasti akar umbi melalui perwakilan yang membuang undi pada Konvensyen Tahunan DAP Peringkat Negeri Selangor siang tadi maukan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menerajui kepimpinan DAP Selangor ... sebaliknya dari keputusan dibuat jelas sudah suara akar umbi langsung tidak diambil peduli oleh pimpinan DAP. 

Selain Pua, pemilihan kali ini yang menyaksikan Gobind Singh Deo turut kekal sebagai Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi pula disandang Datuk Teng Chang Kim yang mendapat 414 berada di kedudukan ke 14 dan Hannah Yeoh berkedudukan ke-6 memperolehi 554 undi.. 


Manakala Setiausaha DAP negeri pula ialah Ean Yong Hian Wah Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming yang menduduki tangga ke-15 menjadi Timbalan Setiausaha dan Setiausaha Organisasi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Eddie Ng kedudukan nombor 11 serta Setiausaha Publisiti ADUN Sekinchan Ng Suee Lim kedudukan nombor 10. 

Pemimpin-pemimpin yang mendapat undi agak lebih banyak langsung tidak beri apa-apa jawatan seperti Ronnie Liu yang memperolehi 649 undi kedudukan ke 4 paling banyak undi diberikan oleh perwakilan. Begitu juga Exco Kerajaan Selangor YB Ganabatirau A/L Veraman yang berada dikedudukan ke-5 paling banyak dapat undi iaitu 581 undi. 

Sebab itu sekali imbas pandang bolehlah ditakrifkan betapa DAP tidak ambil peduli pun akan suara dan kemahuan akar umbi yang pasti bercanggah dan melanggari asas utama dalam laungan demokrasi yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top