Nuffnang

TUN MAHATHIR : Kertas Siasatan Polis Hampir Siap - PDRM


KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hampir siap, kata Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Noor Rashid.


"Kita ada buka kertas siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung beberapa insiden termasuk perhimpunan Bersih 4 dan tujuan untuk merakamkan keterangan Dr Mahathir pada semalam adalah sebagai usaha untuk melengkapkan dan mengkaji siasatan sebelum kita merujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.


"Kertas sisatan ini akan disiap secepat mungkin. Mungkin dalam seminggu atau dalam dua minggu," tambah Noor Rashid.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan lanjut siasatan Dr Mahathir dalam satu sidang media di  Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, pada Sabtu.

Dr Mahathir pada semalam diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.

Menurut Dr Mahathir, beliau menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menahan beliau.

Sementara itu, Noor Rashid turut menyatakan rakaman keterangan Dr Mahathir pada semalam, tiada kaitan dengan siasatan skandal kontroversi syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1 Malaysian Development Berhad, (1MDB)

"Itu tiada kaitan dengan dia (Dr Mahathir. 1MDB siasatan lain dan tiada kaitan dengan proses pengambilan percakapan daripada Dr Mahathir. Ia tiada  kaitan dengan 1MDB," kata Noor Rashid

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bulan lepas memberitahu, tiga kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sudah dibukaselepas beberapa laporan polis diterima atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

Menurutnya, daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Siasatan dipercayai dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan melibatkan fitnah.

Dr Mahathir sebelum ini secara terbuka mengkritik pentadbiran Najib dan menggesa agar beliau berundur.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top