Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KANTOI LAGI!!! Pembohongan Azmin Didedah Khalid!!!


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan perintah pembangunan atau development order, ketika mentadbir negeri itu.

Abdul Khalid berkata demikian bagi menjawab sindiran dan komen pihak-pihak tertentu yang mengatakan beliau berperanan meluluskan pembinaan lebuh raya bertol di Selangor.

“Ingin saya tegaskan di sini, walaupun ada persetujuan secara prinsip atau persetujuan bersyarat secara pentadbiran, terhadap keperluan merancang satu sistem aliran trafik yang berkesan, termasuk membina jajaran jalan raya lingkaran luar dan dalam Lembah Klang, tidak pernah sama sekali perintah pembangunan atau development order dikeluarkan, ketika pentadbiran saya bagi mana-mana projek.

“Sememangnya amat mudah menuding jari kepada orang lain untuk mengelakkan kritikan dan tentangan, namun ianya juga tidak matang mahupun bertanggungjawab,” katanya bagi menjelaskan keadaan sebenar melalui satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, persetujuan secara prinsip untuk pembinaan tiga lebuh raya baru di negeri itu bukan dibuat semasa pentadbirannya.

Menurut Mohamed Azmin, kelulusan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke), Lebuhraya Lembah Klang Timur (Ekve) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), diputuskan sebelum beliau mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Abdul Khalid tahun lalu.

Menjelaskan perkara itu, Abdul Khalid berkata, sebarang persetujuan secara prinsip yang diberikan, tertakluk kepada hasil kajian Penilaian Kesan Trafik, Sosial dan Alam Sekitar.

“Ini bagi memastikan mana-mana projek lebuh raya bertol yang dicadangkan, bakal memberi manfaat kepada rakyat, tidak membebankan rakyat atau memberi kesan negatif ke atas alam sekitar.

“Sebagaimana yang berlaku kepada projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), pentadbiran sekarang mempunyai kuasa untuk tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi Suke, Dash dan Ekve.

“Walaupun isu pembangunan sebegini sangat sensitif, kerana ianya melibatkan impak ke atas masyarakat setempat, kerajaan negeri perlu membuat keputusan rasional, setelah mengambil kira hak dan kepentingan semua pihak,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu lagi.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top