Nuffnang

BOM JANGKA? Ghani Patail Mahu Dedah Punca Penyingkirannya?


BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berjanji akan mendedahkan rahsia atau punca sebenar beliau disingkirkan daripada jawatannya itu suatu hari nanti.

Menurutnya, dia memerlukan waktu yang sesuai kerana sekiranya hal itu didedahkan, beliau tidak menjadi tumpuan kelak.

“Saya akan menyatakan (mengenai penyingkiran sebagai Peguam Negara) pada masa akan datang. Tidak hari ini.
“Sekiranya saya mendedahkan sekarang, saya tidak akan menjadi tarikan anda pada masa akan datang,” 
Beliau berkata sedemikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai isu penyingkirannya sebagai Peguam Negara secara tiba-tiba pada 27 Julai lalu.

Abdul Gani ditemui di forum bertajuk “SOSMA – Musang Berbulu Ayam? selaku salah seorang panel forum yang membincangkan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Ini adalah kemunculan pertama Abdul Gani setelah beliau ditamatkan perkhidmatan lebih awal kononnya dengan alasan atas faktor kesihatan pada Julai lalu.

Berikutan itu, ramai membuat pelbagai andaian mengenai penyingkirannya antaranya mengaitkan beliau dengan kes siasatan Pasukan Petugas mengenai 1MDB. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Free Malaysian Today

Share this article

1 Komen:

  1. Kalau cakap sekarang takut tak dapat pencen ke....duit graduiti ke.....nanti kalau dah jumpa orang yang boleh sponsor dia baru boleh cakap....kan....ex AG....kami tak kisah nak cakap sekarang ke esok ke tulat ke ...cuma takut...tak sempat sebab umur kita ni kita tak tahu sampai bila penghabisannya.....so. Lantak pilah.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top